fbpx

467 individu ingkar PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Seramai 467 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan tangkapan paling tinggi membabitkan kegagalan memakai pelitup muka sebanyak 182 tangkapan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan lain yang dikesan adalah gagal menyediakan peralatan serta merekod butiran diri (110), penjarakan fizikal (106), premis beroperasi lebih masa (lima) dan lain-lain (64).

“Daripada jumlah itu, seramai 460 individu telah dikompaun dan 6 lagi direman.

“Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPP yang ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar di Facebook Live Kementerian Pertahanan.

Katanya, seramai 58 pendatang tanpa izin (PATI), dua bot dan dua kenderaan darat berjaya dirampas.

“Daripada jumlah itu, Rejimen Pertama Kor Armor Diraja telah berjaya menangkap 33 PATI di Felda Tenggaroh, Mersing, Johor,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 49,923 individu pulang ke tanah air dari 24 Julai hingga 16 Oktober dan ditempatkan di 88 stesen kuarantin yang ditetapkan.

Daripada jumlah itu, seramai 9,261 individu menjalani proses kuarantin wajib manakala 381 lagi telah dihantar ke hospital manakala 40,281 individu telah di discaj dan dibenarkan pulang ke rumah.

Tambah beliau, sebanyak 28 operasi sanitasi meliputi tujuh zon merah, 12 zon kuning dan enam zon hijau membabitkan 10 negeri dan satu Wilayah Persekutuan dibuat Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Sebanyak tujuh operasi di Sabah, Kedah (lima), Terengganu (empat), Pulau Pinang, Sarawak (tiga), Selangor (dua) serta masing-masing satu di Johor, Perak, Pahang dan Putrajaya,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI