fbpx

Universiti diselar abai pelajar dalam kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Universiti York, England. - ANNA GOWTHORPE/PA WIRE

YORK – Universiti York di Britain menerima kecaman di media sosial apabila mengeluarkan dasar yang mengarahkan pelajar yang menjalani kuarantin koronavirus untuk memberi laluan kepada pelajar sihat keluar dahulu sekiranya berlaku kebakaran di institusi itu.

Mengikut dasar berdepan situasi kebakaran yang diumumkan baru-baru ini, mana-mana pelajar yang menjalani kuarantin koronavirus di universiti itu perlu kekal di bilik masing-masing sekurang-kurangnya 60 saat atau seminit, lapor Metro UK.

“Jika anda sedang menjalani kuarantin koronavirus dan sistem amaran kebakaran berbunyi, sila kekal di bilik anda untuk jangka masa seminit.

“Ini akan memberi ruang kepada pelajar yang sihat keluar terlebih dahulu,” tulis dasar yang dimuat naik di laman web rasmi universiti itu.

Dasar itu ternyata menerima reaksi negatif dari pelajar yang beranggapan ia mementingkan diri dan tidak berperikemanusiaan.

“Saya lebih rela berdepan risiko menyebarkan virus Covid-19 daripada menunggu untuk mati dalam kebakaran,” tulis seorang pelajar di laman sosial.

“Sesiapa yang membuat dasar seperti ini patut dipecat kerana mereka tidak layak membuat sebarang keputusan untuk pelajar,” komen seorang pengguna Twitter.

Institusi itu telah mengubah dasar keselamatan itu selepas menerima tentangan hebat daripada kumpulan pelajar.

Universiti York adalah antara pusat pengajian terbaharu di Britain berdepan kritikan dalam mengendalikan proses kuarantin kendiri pelajar.

Terdahulu, Universiti Edinburgh yang terkenal sebagai universiti termahal dilaporkan menyediakan roti tamat tempoh kepada pelajar yang sedang menjalani kuarantin di situ. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI