fbpx

Pemandu bas ekspres ambil mudah peraturan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengesan segelintir pemandu bas ekspres masih ingkar untuk mematuhi undang-undang jalan raya sewaktu menjalankan tugas harian mereka.

Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, kebanyakan kesalahan itu dikesan sewaktu pegawai dan anggota JPJ melakukan penyamaran dengan menaiki 54 buah bas ekspres sepanjang tahun ini.

Katanya, sebanyak 17 notis kesalahan telah dikeluarkan pada tahun ini sekali gus mencatatkan peningkatan berbanding tahun lalu iaitu 13 notis.

“Kebanyakan pemandu bas ekspres melakukan kesalahan dengan memotong garisan berkembar.

“Selain itu, kita juga mengesan pemandu yang menggunakan bimbit ketika memandu selain ada juga antara mereka mengambil dan menurunkan penumpang di tempat yang tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Hanif Yusabra berkata, sepanjang tahun ini, JPJ turut mengambil tindakan terhadap 15 buah bas ekspres yang ingkar.

Menurutnya, operasi sentiasa dilakukan bagi memastikan pemandu bas mematuhi undang- undang termasuk pada musim perayaan.

Katanya, keselamatan perlu diutamakan bagi mengelak kejadian tidak diingini kepada penumpang atau kenderaan lain.

Tambahnya, bas ekspres juga perlu sentiasa dalam keadaan baik terutamanya aspek teknikal iaitu brek dan tayar sebelum memulakan perjalanan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI