fbpx

Kuala Lumpur buntu aksi menentang Kuching FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOKMAN berharap MFL mencari alternatif untuk melengkapkan aksi terakhir Liga Premier antara Kuala Lumpur dan Kuching FA.

PASUKAN Kuala Lumpur me­ngakui sukar untuk mengharungi aksi terakhir saingan Liga Premier menentang Ku­ching FA pada 31 Oktober ini jika mereka tidak boleh menjalani latihan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula kelmarin.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Nokman Mustaffa berkata, penganjur saingan Liga Malaysia (Liga M), Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) perlu mencari jalan alternatif bagaimana aksi tersebut akan dilangsungkan.

“Kami perlu harungi satu lagi aksi susulan ditangguhkan minggu lalu kerana mahu memberi ruang buat pasukan lawan kekal berada di Lembah Klang.

“Namun, situasi kini berbeza apabila PKPB dilaksanakan dan pada masa ini saya difahamkan barisan pemain hanya dibenarkan menjalani latihan di kediaman masing-masing.

“Ini kerana, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebarang aktiviti sukan tidak dibenarkan di Kuala Lumpur sepanjang dua minggu ini.

“Mungkin MFL boleh mencari alternatif buat pasukan kami menjalani latihan intensif kerana jika diikutkan, PKPB tamat pada 27 Oktober dan pasukan hanya ada tiga hari untuk menjalani latihan sebelum aksi bertemu Kuching FA,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Aksi penutup Liga Premier melibatkan skuad The City Boys yang dikendalikan oleh Nidzam Adzha itu dijadualkan berlangsung di Stadium Kuala Lumpur, Cheras.

Selepas itu, Kuala Lumpur yang sudah mengesahkan status mereka selaku naib juara Liga Premier musim ini akan beraksi dalam kejohanan berprestij, Piala Malaysia yang akan bermula pada 6 November depan.

Sebagai rekod, selain Kuala Lumpur, empat lagi pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang turut terjejas daripada menjalani latihan susulan arahan PKPB iaitu Felda United, Petaling Jaya City FC, Selangor dan UiTM FC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI