fbpx

273 kertas siasatan berita palsu Covid-19 dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

Oleh SUBKHI SUDARJI

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka sebanyak 273 kertas siasatan berhubung penularan berita palsu berkait pandemik Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga semalam, sebanyak 136 masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 21 didapati bersalah, 13 dalam proses perbicaraan dan 12 diberikan notis amaran.

“Tindakan penguatkuasaan aktif juga sedang dijalankan pada masa ini berdasarkan laporan awam yang diterima,” katanya pada sidang akhbar di Facebook Live Kementerian Pertahanan.

Dalam masa yang sama, Ismail Sabri memaklumkan sebanyak 391 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai.

“Kerajaan telah menubuhkan Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi membantu membendung penyebaran berita palsu berkaitan Covid-19.

“Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya, dan sentiasa menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita daripada sumber yang rasmi atau boleh dipercayai.

“Perkara yang belum tentu sahih, jika kita turut sebarkan, dan sekiranya ianya didapati tidak benar, anda juga boleh dikenakan tindakan.

“Sekiranya terdapat sebarang berita yang diragui kesahihannya boleh menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau layari www.sebenarnya.my untuk menyemak kesahihannya,” jelasnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI