fbpx

Isuzu Malaysia buka cawangan pertama pengedar sah MHD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pusat MHD ini dibina bagi menambah baik perkhidmatan Isuzu Malaysia.

KUALA LUMPUR – Isuzu Malaysia Sdn Bhd (Isuzu Malaysia) baru-baru ini membuka cawangan pengedar sah trak tugas sederhana dan berat (MHD) yang pertama di Malaysia Timur.

Terletak di Kuching, Sarawak, pengedar sah trak MHD yang dikenali sebagai Dai Max Automobile Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti (dalam kategori
3S).

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn. Bhd., Koji Nakamura berkata, mereka sangat teruja dengan pembukaan pengedar sah trak MHD Isuzu Malaysia yang pertama di Kuching.

“Ia telah membuktikan komitmen kami untuk meluaskan rangkaian pelanggan di negeri ini.

“Kami juga ingin mengukuhkan perkhidmatan selepas jualan, memaksimumkan kepercayaan dan kepuasan pelanggan terhadap jenama Isuzu,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Pusat pengedaran baharu itu memiliki keluasan mencecah 3,000 meter persegi dengan bengkel seluas 650 meter persegi.

Menurut Nakamura, pusat pengedar sah ini direka khas untuk menawarkan pengalaman jualan dan servis yang luar biasa demi memenuhi keperluan para pelanggan di seluruh kawasan ini.

“Dengan kawasan yang luas serta lokasi strategik, ia pasti dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami di Malaysia Timur, sekali gus menyumbang kepada produktiviti perniagaan mereka,” katanya.

Menurutnya, syarikat Dai Max Automobile Sdn. Bhd. telah mengambil masa selama lima tahun untuk menyiapkan dan membina pusat pengedar sah ini.

“Ia dibina berdasarkan kepada reka bentuk bengkel serta kemudahan terkini bagi memudahkan pergerakan trak untuk tujuan servis atau pembaikan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI