fbpx

Warga emas hidap masalah lupa dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari mangsa, Ismail yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Langgar di Pekan Langgar, Alor Setar pagi ini.

Oleh MOHD. RIFAAT ABD. HAMID

ALOR SETAR – Seorang lelaki warga emas yang dipercayai mengalami penyakit lupa dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Langgar di Pekan Langgar di sini hari ini.

Mangsa, Ismail Awang, 83, sebelum itu dikatakan keluar dari rumah kira-kira pukul 7 pagi untuk membeli nasi lemak di sebuah kedai makan berhampiran sungai.

Kedai tersebut bagaimanapun belum dibuka dan mangsa dikatakan pergi ke bahagian belakang kedai berkenaan sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Menantu mangsa, Mohd. Amin Fardullah Muthu, 31, memberitahu, dia terus bergegas ke lokasi selepas dimaklumkan tentang kejadian oleh penduduk kampung.

“Setakat ini bapa mentua masih belum ditemui dan keluarga berharap operasi pencarian bapa oleh anggota bomba dipermudahkan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, masalah lupa yang dialami mangsa semakin teruk sejak kebelakangan ini.

“Sebelum ini, bapa mentua berkelakuan pelik apabila mahu keluar membeli nasi lemak kesukaannya pada pukul 4 pagi tetapi keluarga menasihatkannya supaya bersabar dan menunggu hari cerah.

“Dia juga pernah tercari-cari tandas di rumahnya sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, Komander Operasi Zon 1 Balai Bomba Kota Setar, Penguasa Kanan Bomba II Azahar Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 7.59 pagi ini.

“Seramai 16 anggota bomba dari Alor Setar termasuk lima penyelam memulakan operasi mencari mangsa dengan bantuan anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI