fbpx

Sesat jadi punca pandu lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah kenderaan yang memandu melawan arus yang diberjaya dirakam alat perakam video pengguna di Lebuh Raya Selat Klang semalam.

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Akibat sesat jalan menjadi punca seorang lelaki memandu kenderaan melawan arus di Lebuh Raya Selat Klang Utara.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, punca tersebut diketahui selepas pemandu kenderaan jenis Perodua Myvi berusia 80 tahun tampil menyerah diri di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara kira-kira pukul 11 malam tadi.

Katanya, semakan mendapati warga emas tersebut tinggal di Taman Jaya di sini dan mempunyai lesen memandu.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu mengakui melakukan aksi lawan arus itu apabila gagal mencari jalan keluar selepas bertemu rakannya di Pelabuhan Klang.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dialami pemandu tersebut sepanjang insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Jelasnya beliau, polis akan meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian itu yang jelas membahayakan pemandu kenderaan lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, tular video berdurasi 58 saat yang memaparkan sebuah kereta dipandu melawan arus di Lebuh Raya Selat Klang Utara menyebabkan sebuah kereta lain segera menukar laluan bagi mengelak dirempuh.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.09 malam itu berjaya dirakam alat perakam video sebuah kenderaan lain yang turut melalui lebuh raya berkenaan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI