fbpx

Sambutan dingin album WEi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN WEI

KUMPULAN WEi yang memulakan debut dalam industri dengan meluncurkan album perdana mereka berjudul Identity: First Sight pada 5 Oktober lalu.

Sebelum ini WEi mendapat perhatian luar biasa daripada peminat berikutan keenam-enam ahlinya terlebih dahulu dikenali selepas membintangi program Produce 101 Season 2, Produce X 101 dan Under Nineteen.

Yohan merupakan peserta dalam ranking pertama Produce X 101 sehingga membuatkan dia berjaya menyertai kumpulan projek X1, sementara Dae-hyeon dan Donghan pula lahir daripada rancangan Produce 101 musim kedua.

Junseo dan Yongha pula merupakan peserta program Under Nineteen.

Disebabkan masing-masing sudah cukup dikenali dan popular, peminat membayangkan peluncuran album pertama mereka akan mencatat rekod luar biasa sama seperti kebanyakan artis lain.

Malangnya, jangkaan peminat meleset selepas album WEi hanya mencatat jumlah jualan dengan angka yang sangat kecil iaitu sebanyak 11,300 unit.

Entah di mana silapnya, peminat berasa hairan mengapa album kumpulan yang terdiri daripada semua penyanyi popular itu tidak mendapat sambutan setara populariti yang ada pada nama mereka.

“Mungkin kurang promosi untuk album ini. Saya sendiri tidak tahu menahu tentang album mereka,” ujar seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI