fbpx

BAM tetap teruskan sesi latihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAM mengenakan kawalan pergerakan kepada semua pemain yang menjalani latihan di ABM.

MESKIPUN kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, namun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tetap meneruskan sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara seperti biasa.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria me­negaskan, persatuan itu sudah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mengenakan kawalan pergerakan kepada semua pemain yang menjalani latihan di ABM.

Katanya, setiap pemain diarahkan mengikut peraturan yang sudah ditetapkan kepada mereka selain yakin persekitaran pusat latihan itu berada dalam keadaan selamat.

“Latihan di ABM akan berjalan seperti biasa untuk semua pemain kerana kami sudah jalankan kuarantin terhadap pemain-pemain yang akan berlatih di sana.

“Selain itu, semua pemain sudah berada dalam persekitaran selamat dan mereka perlu patuh terhadap semua SOP (prosedur operasi standard) yang sudah digariskan,” kata Norza.

Bagaimanapun, kejohanan Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 yang dijadualkan bermula kelmarin hingga 23 Oktober ini dijangka ditangguhkan terlebih dahulu.

Terdahulu, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPB me­rangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selama dua minggu bermula hari ini dalam usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain mengambil kira peningkatan kes Covid-19 di sekitar Klang, Petaling dan Gombak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI