fbpx

Noor Hisham ‘kerja’ hingga lewat pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan Noor Hisham pukul 2.30 pagi tadi.
Noor Hisham

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Sedang rakyat Malaysia enak dibuai mimpi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah nampaknya sukar untuk melelapkan mata.

Apa tidaknya, kira-kira pukul 2.30 pagi tadi, Noor Hisham sempat berkongsi hantaran terbaharu di akaun Facebook dan Twitter.

Hantaran itu antara lain menjelaskan rasional dan kewajaran dibuat kerajaan berhubung pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurutnya, negara kini berdepan cabaran untuk melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi daripada wabak Covid-19.

“Ini adalah cabaran untuk melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi dari Covid-19. Kehilangan keseimbangan bererti kehilangan nyawa dan kehilangan rezeki.

“Pelaksanaan PKPB membolehkan ekonomi dan rantaian bekalan terus beroperasi tanpa gangguan namun, sekatan perlu dibuat kepada sektor sosial dan pendidikan,” katanya.

Hantaran Noor Hisham pada awal pagi itu mendapat reaksi dan pelbagai komen daripada warganet yang rata-rata memuji komitmen dan dedikasinya dalam memerangi wabak Covid-19 ini.

Setakat pukul 9 pagi ini, hantaran Noor Hisham di Facebook itu mendapat 24,000 tanda suka dan dikongsi warganet sebanyak 1,400 kali dengan 1,100 komen.

Kerajaan semalam memutuskan pelaksanaan PKPB di Sabah bermula hari ini hingga 26 Oktober ini manakala, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pula bermula tengah malam ini hingga 27 Oktober.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI