fbpx

Anwar adakan sidang akhbar pukul 2 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan sidang akhbar di Hotel Le Meridien di sini pada pukul 2 petang ini.

Sidang media itu dipercayai bagi memaklumkan tentang pertemuan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu dilihat tiba di Istana Negara pada pukul 10.25 pagi dan keluar kira-kira sejam kemudian.

Anwar sebelum ini mendakwa mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI