fbpx

Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bersetuju untuk memberi bonus sebulan.

Oleh SAFINA RAMLI

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pemberian itu melibatkan 4,009 penjawat awam dengan pembayaran keseluruhan sebanyak RM5.5 juta dan pembayaran bonus berkenaan akan dibuat pada Disember tahun ini.

“Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan padu yang diberikan oleh semua penjawat awam Pulau Pinang bagi tahun 2020, kerajaan negeri bersetuju meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan akhir tahun bersamaan dengan setengah bulan gaji penjawat awam atau minimum RM1,000.

“Adalah diharapkan bayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan meningkatkan semangat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi di tahun-tahun akan datang,” katanya ketika membentangkan Ucapan Belanjawan 2021 Pulau Pinang di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI