fbpx

Pencapaian membanggakan buat Terengganu FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAHANAN Pahang, Fazly Mazlan (kanan) mengasak penyerang import Terengganu, Dominique Da Sylva pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus kelmarin.

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain amat berbangga dengan kejayaan anak-anak buahnya menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ketiga musim ini.

Kejayaan itu hadir selepas TFC berjaya menjinakkan Pahang 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal, Kuala Terengganu dan turut dibantu dengan kekalahan 2-3 Perak kepada Kedah di Ipoh dalam satu lagi aksi berlangsung malam kelmarin.

“Tempat ketiga ini adalah pencapaian luar biasa bagi saya sebagai jurulatih muda yang kurang pengalaman dan masih belajar dalam saingan Liga Super.

“Saya sangat bersyukur dengan kemenangan yang sangat bermakna ini kerana ia bukan mudah dilakar ke atas pasukan hebat seperti Pahang.

“Saya amat berbangga dengan kesungguhan ditunjukkan para pemain terutama dalam separuh masa kedua. Mereka memastikan kemenangan buat Terengganu sekali gus meraih tempat ketiga Liga Super musim ini,” katanya.

Pada aksi tersebut, skuad Penyu ketinggalan terlebih dahulu pada minit ke-12 menerusi jaringan cantik pemain muda Pahang, Nik Muhammad Sharif Mohd. Lazim.

Bagaimanapun, Terengganu bangkit memastikan kemenangan ke atas skuad Tok Gajah dengan dua gol masing-masing dalam babak pertama dan kedua melalui Dominique Da Sylva serta kapten pasukan, Lee Tuck.

Kejayaan itu pastinya meningkatkan moral dan semangat barisan pemain TFC untuk meraih pencapaian lebih membanggakan dalam saingan Piala Malaysia yang akan berlangsung 25 Oktober ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI