fbpx

Bawa lari motosikal curi 21 kilometer sebelum dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan oleh orang awam di Jambatan Lama Sultan Ismail Petra Batu Jong, Kuala Krai sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Oleh ROSLIZA MOHAMED

MACHANG – Seorang lelaki bertindak nekad melarikan diri sejauh 21 kilometer ke Kuala Krai selepas dia mencuri sebuah motosikal di sebuah rumah di daerah ini Jumaat lalu.

Lelaki berusia 29 tahun itu bagaimanapun ditahan polis di Kuala Krai dengan bantuan orang awam semalam.

Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, polis menggerakkan usaha mengesan suspek selepas menerima laporan kehilangan sebuah motosikal jenis Honda EX5 di Taman Saujana Impian, Machang pada pukul 11 pagi Jumaat lalu.

Menurutnya, orang awam melihat seorang lelaki berada dalam keadaan mencurigakan sedang duduk di atas Jambatan Lama Sultan Ismail Petra Batu Jong, Kuala Krai.

Katanya, selepas kehadirannya dikesan, dia bertindak melarikan diri ke arah tebing dan terjun ke dalam sungai sebelum pasukan polis dan bomba sampai di lokasi.

“Beberapa jam kemudian orang kampung di sekitar kawasan sungai melihat suspek naik ke atas darat melalui jalan di dalam ladang kelapa sawit Batu Jong, Kuala Krai.

“Hasil maklumat dan bantuan orang awam suspek berjaya ditangkap di sekitar kawasan tersebut. Selepas menjalankan soal siasat, suspek mengaku melakukan mencuri motosikal yang disembunyikan di kawasan ladang kelapa sawit,” katanya.

Katanya, siasatan mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkait kes dadah, curi kenderaan dan ugutan jenayah.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri,” tegasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI