fbpx

Covid-19: Restoran nasi kandar hilang pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan Restoran Nasi Kandar Line Clear, Jalan Pinang masih menerima kedatangan pengunjung yang ramai pada 1 Ogos lalu berbanding kini yang telah merosot.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Operasi perniagaan makanan popular di Pulau Pinang, nasi kandar terjejas teruk berikutan penurunan jumlah pelanggan sehingga 70 peratus ekoran peningkatan kes Covid-19 di negeri ini sejak September lalu.

Tinjauan Kosmo! Ahad di beberapa premis perniagaan nasi kandar di pusat bandar George Town di sini semalam mendapati jumlah pelanggan berkurangan berbanding sebelum ini, pelanggan dilihat beratur panjang tidak kira masa bagi menikmati hida­ngan signatur Pulau Mutiara itu.

Pengusaha Restoran Nasi Kandar Line Clear di Jalan Pinang, Sahubar Ali Ina China Mohamad Hanibah, 62, berkata, peningkatan kes Covid-19 yang dicatatkan terma­suk di Pulau Pinang memberi impak besar terhadap operasi perniagaannya.

Menurutnya, dia terpaksa menggunakan duit simpanannya untuk membayar gaji 20 pekerja pada bulan lalu berikutan operasi perniagaannya terjejas sehingga 70 peratus.

“Malah, saya juga menggunakan duit simpnan untuk membayar sewa, membeli bahan mentah dan keperluan lain.

“Saya ada berbincang dengan pekerja-pekerja restoran ini yang sebahagiannya warga India tentang masalah yang dihadapi termasuk bayaran gaji untuk bulan depan sama ada perlu dipotong suku atau separuh,” katanya.

Bercerita lanjut, Sahibur memberitahu, restorannya kini bergantung kepada pelancong dari luar Pulau Pinang memandangkan jumlah pelanggan melibatkan penduduk setempat dilihat berkurangan.

“Impak yang dilalui sebelum ini cukup memberi kesan kepada kami. Jadi, saya tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku jika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sekali lagi,” ujarnya.

Situasi sama turut dihadapi Pengusaha Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang di Jalan Hutton, Mohammad Uvas Mohammad Jammel yang memberitahu, kemerosotan pendapatan berlaku sejak pertambahan kes baharu Covid-19 sejak akhir-akhir ini.

“Saya juga terpaksa menggunakan duit sendiri untuk membayar sewa bangunan dan gaji seramai 10 pekerja.

“Pelanggan utama restoran ini adalah kakita­ngan dan mereka yang menginap di hotel lima bintang dan bajet berhampiran.

“Situasi ini membimbangkan kami dan berharap ia segera pulih agar perniagaan kembali rancak,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI