fbpx

Enam sekolah di Taiping ditutup kerana Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENAM buah sekolah termasuk SMK King Edward VII ditutup bermula esok sebagai langkah pencegahan awal bagi mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19.

IPOH – Sebanyak enam buah sekolah di Taiping akan ditutup selama tujuh hari mulai esok selepas terdapat kes positif Covid-19 membabitkan warga sekolah terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil negeri,  Razman Zakaria berkata, penutupan melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, SMK Bukit Jana, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jana, SK Convent Kota dan SK Ulu Mengkuang.

“Penutupan sekolah berkenaan dibuat selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai langkah pencegahan awal bagi mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19.

“Langkah ini perlu diambil bagi mengelakkan perkara tidak diingini, apatah lagi kedudukan sekolah-sekolah berkenaan hampir dengan kawasan pusat tahanan perlindungan di Taiping yang mempunyai rekod jangkitan Covid-19,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Razman turut menasihatkan agar ibu bapa murid sekolah terlibat supaya tidak panik dengan penutupan sekolah berkenaan.

Menurutnya, ibu bapa perlu mematuhi segala arahan dikeluarkan pihak sekolah.

“Semua warga dan pengurusan sekolah di negeri ini perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan amalan kebersihan dipatuhi.

“Kita akan terus memantau situasi ini dari masa ke masa dan kita mohon semua warga sekolah agar segera melaporkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing sekiranya berlaku penularan Covid-19,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI