fbpx

298 sekolah di daerah Petaling ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling, Selangor ditutup mulai 12 hingga 25 Oktober depan berikutan peningkatan kes Covid-19 di kawasan terbabit.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, bilangan itu merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

Katanya, sekolah yang mempunyai asrama termasuk Kolej Vokasional juga ditutup dan ibu bapa serta penjaga perlu mengambil murid yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang.

“Bagaimanapun, murid yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan Kolej Vokasional sepanjang tempoh penutupan sekolah akan berada di bawah penjagaan warden asrama.

“Keperluan makan dan minum murid sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah,” katanya.

KPM berkata, sekolah yang terlibat dengan penutupan boleh menjadualkan semula peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke suatu tarikh bersesuaian kelak.

Dalam hal ini, KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta sentiasa bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.

“Sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah bagi daerah-daerah lain akan dibuat dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, KPM berkata, pengetua dan guru besar akan memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian guru dan murid sepanjang tempoh penutupan sekolah.

“Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi www.moe.gov.my,” katanya.

Senarai penuh nama sekolah yang ditutup mulai esok sehingga 25 Oktober klik sini K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI