fbpx
IRFAN (kanan) akan menjadi pemain yang akan merantai pergerakan Shahrel dalam usaha memastikan kemenangan Kedah apabila bertemu Perak pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam esok.

‘Merantai Shahrel bukan mudah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TONGGAK pertahanan Kedah, Irfan Zakaria bersedia memikul tanggungjawab untuk merantai penyerang berbisa Perak, Shahrel Fikri Md. Fauzi menjelang pertemuan terakhir Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam esok.

Kata Irfan, ia adalah tugas berat tetapi pengalaman beraksi dengan Shahrel dalam skuad Harimau Malaya sebelum ini akan digunakan sebaik mungkin bagi memastikan penyerang itu tidak menemui sentuhan jaringan.

“Saya cukup mengenali Shahrel dan semua orang boleh lihat dia berada di tahap terbaik ketika ini, maka saya dapat rasakan ia bukan satu tugas mudah bagi mengawal pergerakan lincah Shahrel.

“Kita boleh lihat dalam beberapa perlawanan lepas, sentuhan penyudah dimiliki Shahrel semakin tajam dan saya rasa barisan pertahanan perlu sentiasa berwaspada dengan tidak memberi peluang buatnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bekas pemain Kuala Lumpur itu turut percaya pemburuan tiga mata adalah sangat penting buat skuad Helang Merah untuk mengekalkan status mereka sebagai naib juara, sekali gus layak ke saingan Piala AFC tahun depan.

“Kami berkunjung ke tempat lawan dalam misi memburu kemenangan meskipun sedar satu mata sudah cukup untuk kami kekal di kedudukan kedua liga. Namun, kita tidak boleh mengambil risiko kerana pasukan mahu layak ke pentas Piala AFC.

“Memori ketika membantu Kedah pada saingan kelayakan Liga Juara-juara Asia (ACL) awal tahun ini membuatkan kami cukup teruja untuk lalui pengalaman yang sama pada musim depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN