fbpx

JPN tutup operasi pejabat di kawasan zon merah Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah JPN Sabah, Khairrul Aminus Kamaruddin. Foto Ihsan JPN Sabah

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah akan menutup operasi semua pejabat
JPN di kawasan dikategorikan zon merah Covid-19.

Pengarah JPN Sabah, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, penutupan berkenaan termasuklah di pejabat JPN Kota Kinabalu; Sandakan; Penampang; Tuaran; Papar dan Inanam selain JPN cawangan UTC Kota Kinabalu yang sudah ditutup lebih awal sebelum ini.

Katanya, penutupan operasi turut melibatkan pejabat JPN Beluran dan Kinabatangan berikutan kawalan rentas daerah membabitkan dua daerah berkenaan yang sudah diperketatkan.

“Penutupan operasi di semua pejabat JPN yang dinyatakan adalah bermula 12 Oktober sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Langkah berkenaan diambil berikutan peningkatan jumlah kes jangkitan Covid-19 di Sabah selain selaras dengan arahan kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, JPN Sabah akan mengendalikan kes-kes kecemasan yang perlu sahaja bagi kawasan terlibat seperti kes kehilangan kad pengenalan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI