fbpx

Gayakan reben hijau sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Puteri Iman Afzan menyemat reben hijau pada baju Al-Sultan Abdullah sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia.

KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengenakan reben hijau sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun.

Pemakaian reben hijau itu turut disertai oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda Tengku Puteri Iman Afzan.

Istana Negara menerusi satu kenyataan berkata, Tengku Puteri Iman Afzan merupakan Penaung Antarabangsa untuk Hari Kesihatan Mental 2020 setelah menerima undangan Gabungan Badan-Badan Kesihatan Mental Sedunia.

“Naungan Diraja Tengku Puteri Iman Afzan adalah sehingga bulan Oktober 2021,” katanya di sini tadi.

Sementara itu, menerusi perutusannya sebagai Penaung Antarabangsa, Tengku Puteri Iman Afzan mengajak rakyat dan kerajaan di seluruh dunia untuk bersatu memartabatkan kesihatan mental.

Katanya, meluangkan masa selain memberi perhatian, sokongan, kasih sayang serta belas kasihan di antara kita bakal menjamin kesejahteraan mental lebih baik.

Pelantikan Tengku Puteri Iman Afzan membuktikan usaha murni Malaysia dalam meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental, perawatannya dan cabaran polisi yang diperakui oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Reben hijau merupakan simbol kesihatan mental antarabangsa dan sebagai tanda sokongan terhadapnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI