fbpx

ATM aktifkan hospital medan di Tawau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengaktifkan hospital medan di Tawau, Sabah dalam usaha memberikan bantuan perubatan selain rawatan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hospital itu akan menyediakan perkhidmatan seperti pembedahan trauma, kecemasan, wad bersalin dan sebagainya.

“Hospital itu akan mempunyai sebanyak 100 katil pelbagai wad, lapan pegawai perubatan dan 54 lain pangkat terdiri daripada satu komander, lima doktor pakar, tiga pegawai perubatan dan kakitangan lain.

“Ia akan memfokuskan kepada rawatan bukan berkaitan Covid-19 kerana Hospital Tawau akan memberi tumpuan kepada rawatan wabak terbabit,” katanya pada sidang akhbar menerusi Facebook Live Kementerian Pertahanan di sini tadi.

Dalam perkembangan sama, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut bersetuju untuk melaksanakan penerbangan harian ke Sabah bagi membantu Kementerian Kesihatan dalam urusan logistik.

“Bantuan berkenaan turut melibatkan urusan membawa kakitangan perubatan serta sampel saringan ujian swab ke makmal di Semenanjung.

“Kami dimaklumkan kapasiti makmal di Sabah agak kurang memandangkan banyak saringan dijalankan di sana, maka ia akan di bawa ke Semenanjung,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI