fbpx

Tular berita Hajiji, isteri dirawat ekoran positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar papan putih tertera nama Hajiji dan isteri dipercayai di salah sebuah hospital yang tular di media sosial.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Gambar papan tulis tertera nama Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor serta isteri, Datin Seri Julia Salag dipercayai di sebuah hospital menjadi tular hari ini sekaligus menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

Ekoran gambar yang tular di laman sosial itu, timbul khabar angin menyatakan dan Hajiji isterinya kini positif Covid-19.

Bagaimanapun, kesahihan gambar terbabit masih belum dapat dipastikan.

Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong semalam menerusi kenyataan media menyatakan Hajiji kini sedang menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

Beliau berkata, Hajiji mengambil langkah itu selepas terdedah dengan individu yang didapati positif Covid-19.

“Namun kerajaan negeri akan tetap berfungsi seperti biasa.

“Segala komunikasi akan dibuat melalui persidangan video sekiranya perlu mengadakan mesyuarat,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI