fbpx

Suspek kes bunuh pengawal keselamatan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh ZULKIFLI MANZOR

KUALA LUMPUR – Polis berjaya memberkas seorang suspek lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang pengawal keselamatan di Flat Sri Sabah dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8 malam.

“Sepasukan pegawai dan anggota polis menahan suspek di sebuah kawaaan perumahan awam di Cheras tidak jauh daripada tempat kejadian.

“Suspek bekerja sebagai pembantu pemandu lori, mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu kes curi dan ugutan jenayah serta tujuh rekod penyalahgunaan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang pengawal keselamatan ditemui mati akibat ditikam dalam satu kejadian di Flat Sri Sabah.

Mohamed Mokhsein berkata, ujian saringan awal air kencing ke atas suspek selepas ditahan bagaimanapun didapati negatif penyalahgunaan dadah.

Menurut beliau, motif kejadian masih belum diperolehi dan siasatan lanjut berhubung kes itu diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek dibenarkan ditahan reman di bawah Seksyen 117 KPJ selama (7) hari bermula hari ini sehingga 15 Oktober 2020,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI