fbpx

Lai Kuan-lin Wanna One dilabel lupa daratan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lai Kuan-Lin

BEKAS anggota kumpulan Wanna One, Lai Kuan-lin diserang hampir seluruh peminat dari negara kelahiran sendiri selepas bertindak meraikan sambutan Hari Kebangsaan Rakyat Republik China yang disiarkan dalam televisyen baru-baru ini.

Kuan-lin merupakan warganegara Taiwan dikritik rakyat negara itu kerana meraikan sambutan hari kebangsaan negara lain dalam sebuah program muzik. Dalam sebuah video promosi, dia juga memperkenalkan diri dengan berkata: “Saya Lai Kuan-lin. Saya menanti anda di Taiwan, China.”

Awal bulan lalu, Kuan-lin juga muncul dalam sebuah program hiburan terbitan stesen televisyen milik kerajaan China dan menyanyikan lagu bahasa Cina.

Kuan-lin berbuat demikian ketika kebanyakan artis Taiwan mengelak daripada meraikan sambutan berkenaan apabila China menganggap Taiwan sebagai jajahan mereka.

Tidak berpuas hati dengan tindakan Kuan-lin yang dianggap keterlaluan dan biadap, kebanyakan netizen Taiwan melampiaskan amarah dengan menulis komen supaya dia menukar taraf kerakyatan.

“Jika rasa awak rakyat negara China, silakan pergi,” ujar seorang peminat yang nyata kecewa dengan tindakan Kuan-lin.

Namun ada juga dakwaan mengatakan Kuan-lin sekadar mahu memenangi hati peminat di China. Umum sedia maklum bahawa peminat warga Cina kebanyakannya berwang dan gemar berbelanja membeli hadiah mahal untuk artis kesayangan masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI