fbpx

Tujuh sekatan jalan raya di PKPB Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis Selangor akan menjalankan tujuh sekatan jalan raya (SJR) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Klang yang berkuatkuasa tengah malam ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, sekatan jalan raya itu akan dilakukan di jalan keluar masuk melibatkan daerah berkenaan.

“Tiga buah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) akan terlibat dalam operasi SJR itu melibatkan IPD Klang Utara, IPD Klang Selatan dan IPD Shah Alam.

“Kita kini sedang memperincikan jumlah anggota terlibat sepanjang SJR PKPB ini. Justeru, orang ramai diminta mematuhi prosedur standar operasi (SOP),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipetik berkata, PKPB akan dilaksanakan di Klang, Selangor dan tiga daerah di Sabah iaitu Sandakan, Tuaran, Papar selepas
diklasifikasikan sebagai zon merah kerana mempunyai lebih 40 kes positif Covid-19.

Dalam perkembangan berhubung orang ramai mula memenuhi balai berhampiran bagi mendapatkan kebenaran keluar masuk, Noor Azam menegaskan perkara tersebut tidak perlu dilakukan kerana pelaksanaannya hanya melibatkan PKPB bukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Hanya perlu mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan tidak perlu membuat sebarang surat untuk keluar daerah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI