fbpx

Pharmaniaga terima Anugerah Kecemerlangan Farmaseutikal Halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pharmaniaga Manufacturing Bhd. telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Farmaseutikal Halal pada majlis World Halal Night & Halal ­Excellence Award 2020.

Anugerah Kecemerlangan yang diadakan di sini baru-baru ini telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdaga­ngan Antarabangsa dan Industri, Senator Lim Ban Hong.

Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation, Hairol Ariffein Sahari berkata, pemilihan tersebut dibuat bagi menghargai peranan syarikat menjadi perintis dalam industri penjagaan kesihatan sebagai penyedia kepada pengeluar dan pembekal produk dan perkhidmatan berkualiti mengikut proses halal yang ketat.

Turut mendapat pengiktirafan ialah The Westin Kuala Lumpur dengan menerima Anugerah Kecemerlangan Dapur Pusat.

 

 

Menurut Hairol Ariffein, anugerah tersebut adalah untuk menghargai usaha hotel berkenaan menyediakan makanan halal dan berkualiti mengikut kesesuaian tetamu tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, pihak hotel turut melaksanakan pengeluaran, pemprosesan, penyediaan dan stor makanan di setiap dapur seiring dengan keperluaan ­halal.

“Syarikat yang mengendali­kan KFC dan Pizza Huts iaitu QSR Brands (M) Holding Bhd. telah diberi Anugerah Kecemerlangan Jenama Halal,” kata­nya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

POPULAR