fbpx

MH EDGILE latih bekas kakitangan MAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) memperkenalkan program latihan semula buat kakitangannya yang dinamakan MH EDGILE supaya mereka lebih kompetitif dan tangkas memacu kelestarian operasi.

Ketua Pegawai Eksekutif ­Malaysia Aviation Group (MAG), Izham Ismail berkata, ­program tersebut terbuka kepada ­lebih 2,000 kakitangan syarikat ­termasuk juruterbang, kru ­kabin dan komuniti barisan hadapan yang terjejas ekoran ­kapasiti operasi yang berkura­ngan.

Menurutnya, MH EDGILE memberi peluang kepada mereka untuk menjadi lebih mahir atau dilatih semula bagi tugasan lain untuk melakukan tugasan dalam bidang pengurusan fasiliti, audit, jualan dan bantuan teknologi maklumat (IT).

“Paling utama, ia memboleh­kan pekerja meminjamkan kepakaran dan perkhidmatan mereka untuk menyokong kelangsungan perniagaan jangka panjang syarikat selain meneroka jalan baharu untuk mengembangkan potensi masing-masing.

“Tertakluk kepada kelulusan, kumpulan pekerja ini akan ditugaskan semula buat sementara waktu untuk menyokong jabatan lain yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Izham menjelaskan, ketika wabak Covid-19 masih merekodkan pertambahan jumlah jangkitan positif, penting bagi syarikat dalam menyiapkan tenaga kerja dengan set kemahiran baharu supaya mereka lebih cekap atau sedia beralih ke posisi berlainan bagi menyokong operasi perniagaan.

“Ini masa yang tepat bagi kakitangan membentuk semula diri mereka.

“Inisiatif ini ditawarkan secara sukarela dan bergantung kepada prasyarat pekerjaan dan kriteria pemilihan jabatan penerima,”­ ­jelasnya.

Tambah beliau, tempoh penugasan sementara akan bergantung kepada keperluan perniagaan dan operasi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Malaysia Airlines Bhd., Datuk Mohd. Khalis Abdul Rahim berkata, pihak­nya kini dalam perjalanan untuk mengubah pekerja MAG menjadi tenaga kerja masa depan dalam dunia pasca Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI