fbpx

Ketua Menteri Sabah jalani kuarantin kendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji Noor.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor kini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong berkata, Hajiji mengambil keputusan berkenaan secara sukarela selepas beliau terdedah dengan individu yang didapati positif Covid-19.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa.

“Semua mesyuarat juga perlu diadakan seperti biasa namun dibuat melalui persidangan video,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Sabah melaporkan sebanyak 282 kes Covid-19 baharu semalam.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI