fbpx

WHO anggar 780 juta orang dijangkiti virus Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pengawal keselamatan mengambil bacaan suhu badan pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah Chandagiri, pinggir Kathmandu, Nepal semalam. – AFP

PARIS – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kelmarin bahawa seorang dalam 10 penduduk dunia di­jangkiti virus Covid-19.

“Anggaran semasa kami menyatakan bahawa 10 peratus populasi global yang kini berjumlah sekitar 7.8 bilion berkemungkinan besar dijangkiti koronavirus,” kata pengarah kecemasan WHO, Michael Ryan.

Angka tersebut adalah le­bih 20 kali ganda kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia pada masa ini.

Menurutnya, rantau Asia Tenggara berdepan peningkatan mendadak jangkitan koronavirus, manakala penularan virus itu terus meningkat di Eropah dan Mediterranean tetapi menurun di Afrika serta Pasifik Barat.

Sementara itu, virus Co­vid-19 membunuh sekurang-kurangnya 1,037,971 orang di seluruh dunia setakat ini, demikian menurut angka agensi berita AFP berdasarkan sumber-sumber rasmi.

Benua Eropah yang merekodkan sebanyak 235,553 kematian kini menghampiri enam juta kes Covid-19 daripada 35.2 juta jangkitan yang dilaporkan di seluruh dunia.

Britain kekal negara Eropah paling teruk terjejas dengan 500,000 kes disahkan Covid-19 setakat Ahad lepas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI