fbpx

Masjid, surau di tiga daerah PKPB ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semua masjid serta surau di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini sehingga 16 Oktober depan.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Semua masjid serta surau di tiga daerah terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditutup berkuatkuasa hari ini sehingga 16 Oktober depan.

Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, kenyataan berkaitan ketetapan berkenaan sudah dikeluarkan Pejabat Mufti Negeri Sabah semalam.

“Ketetapan ini diambil selepas pelaksanaan PKPB membabitkan daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan dikeluarkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

“Semua program dan dalam kawasan masjid serta surau adalah tidak boleh dilaksanakan termasuklah solat berjemaah kecuali melaungkan azan bagi solat lima waktu.

“Bagaimanapun, Muazzin hendaklah melaungkan azan dengan menambah lafaz dengan ucapan ‘solatlah di rumah-rumah kamu’ sejurus selepas azan supaya dapat difahami masyarakat beragama Islam di sekitarnya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mnegulas lanjut, beliau berkata solat Jumaat pada 9 dan 16 Oktober juga tidak dibenarkan justeru itu, ahli kariah wajib melaksanakan solat fardu Zohor di kediaman atau tempat masing-masing apabila waktu solat Jumaat.

Dalam pada itu, Bungsu Aziz berkata, masjid serta surau yang berada dalam zon kuning dan hijau dibenarkan melaksanakan solat Jumaat mahupun solat berjemaah lima waktu mengikut ketetapan tertentu.

“Bilangan jemaah yang dibenarkan bagi menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau dalam zon kuning dan hijau adalah 40 orang manakala solat lima waktu seramai 12 orang sahaja.

“Jumlahlah ini termasuklah ahli jawatankuasa masjid, imam dan khatib,” katanya menyatakan semua tempoh lanjutan dan penutupan berkenaan mengambil kira nasihat kerajaan negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI