fbpx

11,000 banduan layak berada dalam masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (dua dari kiri) pada sidang akhbar di pejabat Pergak di Cyberjaya hari ini.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

CYBERJAYA – Kira-kira 11,000 daripada 72,000 banduan di seluruh negara mempunyai kelayakan untuk berada di dalam masyarakat sekali gus boleh meneruskan kehidupan seperti orang lain termasuk bekerja.

Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pemasyarakatan), Datuk Abdul Aziz Abdul Razak berkata, mereka terdiri daripada banduan yang diparol, banduan yang diselia selain bekas banduan terpilih menerusi syarat ketat yang telah ditetapkan.

“Mereka yang terpilih ini sahaja layak iaitu hukuman telah selesai dijatuhi oleh pihak mahkamah, tempoh pemenjaraan selain tiada lagi kes rayuan atau belum selesai di mahkamah.

“Justeru ada syarat yang perlu dipatuhi dan bukan semuanya layak keluar. Bakinya kes reman serta kes tertentu kita tidak bagi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK), Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menyasarkan kesemua 11,000 banduan yang mendapat kelayakan itu berpeluang untuk bekerja serta meneruskan kehidupan seperti rakyat biasa menjelang tahun 2030.

“Peluang kedua yang diberikan kepada mereka telah dibuktikan menerusi usaha dijalankan PERGAK melalui program I-Kembali bagi membolehkan bekas banduan mendapat pekerjaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI