fbpx

Tiada cadangan ‘total lock down’ – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

KUALA LUMPUR- Kerajaan tidak bercadang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau ‘total lock down’ di seluruh negara ketika ini seperti yang diadakan Mac lalu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaksanaan PKP sekali lagi boleh membawa kesan besar serta meruntuhkan sistem ekonomi dan sosial negara.

“Apa yang kerajaan akan lakukan ialah laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar di kawasan yang dikenal pasti ada kes Covid-19 yang tinggi.

“Jadi, aktiviti ekonomi dan sosial boleh diteruskan seterusnya menjana ekonomi negara,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI