fbpx

Shahid Kapoor bantu promosi filem adik tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHID KAPOOR

PELAKON kacak, Shahid Kapoor menggesa peminatnya untuk menyokong dan menonton filem baharu lakonan adik tirinya, Ishaan Khatter bertajuk Khaali Peeli.

Menurut Shahid, filem tersebut sangat sesuai ditonton kerana jalan ceritanya yang ringkas dan tidak terlalu membuatkan otak penonton berserabut.

“Anda boleh menonton filem ini pada hujung minggu sambil menikmati bertih jagung dengan gembira,” ujarnya kepada Hindustan Times.

Filem Khaali Peeli juga membawa penonton menikmati jalan cerita dan suasana seperti karya Bollywood sekitar 1990-an. Filem arahan Maqbool Khan itu turut dibintangi pelakon Ananya Panday boleh ditonton menerusi Netflix.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI