fbpx

Pahang, Melaka United diberi lesen bersyarat oleh FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STUART mendedahkan MFL memperuntukkan sejumlah 78,000 tiket untuk aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil.

TUJUH pasukan Liga Malaysia dikenakan lesen kebangsaan bersyarat selepas Pelesenan Kelab (FIB) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapati pasukan tersebut masih belum meleng­kapkan beberapa dokumen pen­ting.

FAM menjelaskan, pihaknya mendapati semua pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang memohon lesen terbabit lulus, namun dua pasukan dari Liga Super iaitu Pahang dan Melaka masih gagal berbuat demikian sekali gus sekadar mendapat lesen bersyarat.

Setiausaha Agung FAM Stuart­ Ramalingam berkata, sekiranya pasukan yang diberi lesen bersyarat gagal melengkapkan keperluan sebelum atau pada 31 Oktober 2020, FIB mempunyai kuasa untuk menarik balik lesen pasukan.

“Semua pasukan Liga Super lulus permohonan lesen kebangsaan, cuma Pahang dan Melaka United diberikan secara bersyarat seterusnya perlu menghantar dokumen seperti yang diminta FIB.

“Bagi pasukan Liga Perdana, terdapat lapan permohonan tetapi lima daripadanya diberikan secara bersyarat iaitu Kuching FC, Kelantan FA, UKM FC, Pulau Pinang dan Sarawak manakala Kelantan United FC, Kuala Lumpur dan Negeri Sem­bilan tidak berhadapan masalah,” kata Setiausaha Agung FAM, S­tuart Ramalingam.

Sementara itu, tindakan UKM FC meletakkan ketua jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussin sebagai pemilik syarikat Varsity Boys Sdn. Bhd. menimbulkan kera­guan menyebabkan FAM meminta penjelasan atau surat sokongan untuk mendapatkan kelulusan berkaitan proses penswastaan terbabit.

Meskipun, UKM FC berjaya melengkapkan borang selain menghantar segala dokumen diperlukan menjelang tarikh a­khir 30 September lalu, tindakan itu diragui. Ia memerlukan siasatan terperinci daripada badan induk bola sepak negara itu untuk memberikan kelulusan.

Tambahnya, perkara itu memerlukan penjelasan secara terperinci terutama membabitkan kemampuan dari segi kewangan dalam mengurus syarikat ter­babit untuk mengendalikan UKM FC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI