fbpx

Negeri Sembilan hantar bantuan lori tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurus Air SAINS Daerah Jempol, Mohd. Fadzli Awalludin (dua dari kiri) dan Norzita (dua dari kanan) bersama dua kakitangan SAINS dan lori tangki berkapasiti 1,200 gelen yang dihantar kepada pihak Air Selangor di Seremban 2 dekat sini hari ini.

Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Prihatin di atas masalah gangguan pencemaran air yang dihadapi negeri Selangor, kerajaan Negeri Sembilan melalui Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) telah menghantar sebuah lori tangki berkapasiti 1,200 gelen ke negeri itu.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail berkata, bantuan itu bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) akibat henti tugas Loji Rawatan Air  (LRA) Semenyih dan Bukit Tampoi berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Semenyih.

“SAINS mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun telah menghantar sebuah lori tangki berkapasiti 1,200 gelen ke Selangor pada hari ini sehingga keadaan kembali pulih seperti biasa.

“Bantuan lori tangki ini merupakan bantuan kali kedua pihak SAINS ke Air Selangor untuk tahun ini. Semoga sedikit bantuan Kerajaan Negeri Sembilan dan SAINS ini dapat membantu kerajaan negeri Selangor dalam meringankan kesulitan yang sedang mereka hadapi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, sebanyak 274 kawasan didapati terjejas akibat insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih.

LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi masih belum beroperasi sepenuhnya ekoran insiden pencemaran berkenaan.

Sehingga pukul 7:30 pagi tadi, pencemaran masih lagi dikesan di Sungai Semenyih dan berada pada tahap 5 Ton di muka sauk LRA Bukit Tampoi dan 7 Ton di muka sauk LRA Sungai Semenyih. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI