fbpx

Mayat seorang wanita ditemui dalam bagasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang wanita dijumpai disumbat di dalam bagasi pakaian.

Oleh ALICIA JOHNY KUEH

SIBU – Satu mayat wanita ditemui disumbat dalam sebuah bagasi pakaian di tepi Jalan Aman di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit yang mengesahkan penemuan tersebut berkata, mayat terbabit telah ditemui orang awam kira-kira pukul 6.45 pagi.

“Menurut sumber di tempat kejadian, orang awam ternampak bagasi pakaian berwarna hitam di bawah pokok di situ.

“Ketika menghampiri bagasi tersebut, mereka terkejut melihat ada sekujur badan manusia,” katanya.

Pihak polis kemudiannya dimaklumkan mengenai penemuan tersebut sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya lagi, mayat terbabit telah dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

Stanley turut memberitahu bahawa siasatan kes sedang dijalankan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI