fbpx

Lelaki simbah Milo ais terhadap jurutol diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang menyimbah air minuman terhadap seorang jurutol wanita di Plaza Tol Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) di tahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya semalam.

SUBANG JAYA – Polis menahan lelaki yang menyimbah air minuman terhadap seorang jurutol wanita di Plaza Tol Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan pada pukul 9 malam susulan pihak polis menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa.

“Jurutol wanita itu membuat laporan pada pukul 4.25 petang semalam dan bertindak atas maklumat kita menahan suspek beberapa jam kemudian.

“Hasil siasatan lanjut juga mendapati suspek mempunyai rekod lampau,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurutnya lagi, suspek direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.

Semalam tular satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 51 saat menunjukkan seorang jurutol wanita disimbah air Milo ais di Plaza Tol Kesas dari arah Puchong.

Menurut jurutol yang menggunakan nama Ften.syfqah di laman Instagramnya itu, kejadian berkenaan berlaku kira-kira pukul 9.20 pagi susulan pemandu Perodua Bezza itu tidak puas hati lorong tersebut tidak mempunyai perkhidmatan tambah nilai.

“Lelaki itu memasuki lorong tol berkenaan pada pukul 7.30 pagi dan meminta untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go miliknya sebelum diarahkan ke lorong sebelah untuk perkhidmatan tersebut.

“Bagaimanapun, dia lalu sekali lagi pada pukul 9.30 pagi dengan bawa air milo ais dan ketika minum lelaki itu terus simbah ke muka saya sambil cakap lain kali jangan suka-suka nak kenakan orang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI