fbpx

ADUN Maharani positif Covid-19.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Hayati

Oleh NUR ALINA HASSAN

MUAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Nor Hayati Bachok hari ini disahkan positif Covid-19 menerusi keputusan hasil ujian saringan kali kedua, semalam.

Perkara itu dikongsikan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) ADUN Maharani dengan memaklumkan keadaan Ketua Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Negeri itu yang telah menjalani kuarantin sejurus pulang dari Sabah, 26 September lalu.

“Sejurus kembali dari Sabah pada 26 September, beliau telah menjalani ujian saringan pertama dan didapati negatif. Walaupun tiada sebarang arahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk kuarantin atau pengasingan, Nor Hayati sendiri telah mengambil inisiatif kuarantin kendiri di rumah dan mengasingkan diri.

“Beliau kemudiannya menjalani ujian saringan kedua pada Ahad lepas dan menyambung pengasingan kendiri sehingga dimaklumkan keputusannya pada hari semalam,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, Norhayati sentiasa mematuhi segala arahan KKM dan pihak mereka sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dalam mencegah penularan.

“Pihak kami sekali lagi menegaskan bahawa sejak hari pertama kembali sehingga semalam, Nor Hayati telah mengamalkan kuarantin kendiri di rumah atas inisiatif sendiri serta tidak hadir ke mana-mana program di luar dan tidak bertemu rakyat.

“Semua kontak rapat kepada beliau telah dikenal pasti oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar dan kini menjalani ujian saringan bagi sedang menanti keputusan dalam masa terdekat. PKD akan terus menghubungi sesiapa yang berkontak rapat dengan beliau untuk menjalani saringan.

“Pihak kami memohon maaf kepada semua yang terkesan walaupun segala langkah kuarantin di rumah dan pencegahan telah dipatuhi sepanjang tempoh ini,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI