fbpx

11 saksi dibenar perbicaraan tertutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Hasanah Abdul Hamid berbincang dengan peguamnya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini, membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi 11 saksi perbicaraan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid, yang menghadapi pertuduhan pecah amanah didengar secara tertutup.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahril Mohd Salleh memutuskan demikian membenarkan permohonan itu, selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak semalam.

“Saya percaya tiada prasangka buruk daripada pihak pembelaan, oleh itu saya membenarkan permohonan 11 saksi didengar secara tertutup,” katanya.

Prosiding dalam kamera (tertutup) merupakan perbicaraan di mana orang awam dan pihak media tidak dibenarkan masuk ke mahkamah atau mengikuti perjalanan perbicaraan.

Semalam pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Iskandar Ahmad ketika berhujah berkata, pihak pendakwaan memohon 11 orang saksi itu dibicarakan secara tertutup kerana ia melibatkan keselamatan negara.

Ujar Muhammad Iskandar sekiranya identiti 11 saksi itu didedahkan ia boleh mengancam keselamatan mereka selain menjejaskan keupayaan dalam menjalankan tugas-tugas.

Sementara itu peguam Hamdan Hamzah yang mewakili Hasanah berkata, pihaknya membantah permohonan itu dengan berhujah bahawa tidak ada bukti yang cukup dikemukakan pihak pendakwaan untuk mengatakan bahawa keselamatan negara tergugat oleh keterangan yang disampaikan oleh saksi.

Pada 21 September lalu, pihak pendakwaan memohon keterangan 11 daripada 37 saksi dibuat secara tertutup, dengan alasan membabitkan isu keselamatan negara.

Bagaimanapun, peguam, Hamdan Hamzah yang mewakili Hasanah membantah permohonan itu, dengan menyatakan bahawa ia akan memudaratkan anak guamnya.

Pada 25 Oktober 2018, Hasanah, 61, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan pecah amanah wang bernilai RM50.4 juta April lalu.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri didalam kapasiti tersebut yang diamanahkan wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50. 4 juta) milik kerajaan Malaysia telah melakukan pecah amanah terhadap wang itu.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 30 April hingga 9 Mei 2018.

Berikutan itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan dan juga boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI