fbpx

Kebangkitan dramatik Perak amat luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DURAKOVIC tidak mahu anak-anak buahnya memandang rendah lawan pada saingan Piala Malaysia kerana dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku.

KETUA jurulatih Perak, Meh­met Durakovic menyifatkan aksi pasukannya yang bangkit daripada ketinggalan 0-3 sebelum mengikat Pahang 3-3 di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebagai perkara luar biasa.

“Saya tidak boleh minta le­bih daripada ini. Pemain memberikan persembahan terbaik mereka,” kata Durakovic.

Perasaan teruja jurulatih itu sangat difahami kerana kebangkitan dramatik The Bos Gaurus pada separuh masa kedua mengikat anak-anak buah Dollah Salleh 3-3 sungguh menakjubkan.

“Saya angkat topi kepada setiap pemain kerana me­ngutip satu mata di Kuantan. Bukan mudah bangkit daripada ketinggalan tiga gol dan me­ngutip mata kerana Pahang memang kebal di laman sendiri.

“Apa pun saya tahu kualiti pemain saya. Saya sudah kenal mereka lama. Saya tidak boleh meminta lebih. Mereka sambut baik cabaran yang saya lontar semasa rehat,” katanya.

Begitupun, Durakovic me­ngakui anak-anak buahnya beraksi di bawah tahap sebenar selepas bermain baik dalam 10 minit pertama. Namun, tiba-tiba pemain hilang fokus dan seolah-olah terlena hingga membolehkan Pahang me­nguasai separuh pertama serta me­nyumbat tiga gol,” katanya.

Katanya, kejayaan mengutip satu mata itu menyaksikan Perak berada di landasan tepat bagi menghadapi perlawanan terakhir menentang Kedah.

“Pertembungan dengan Kedah ini cukup besar kerana ia akan menentukan kedudukan naib juara Liga Super,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI