fbpx

Fasiliti awam Perhilitan ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar, notis penutupan sementara di Facebook Perhilitan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memaklumkan penutupan sementara kesemua kemudahan awam di bawah kelolaan jabatan itu bermula esok hingga diberitahu kelak.

Langkah itu diambil bagi mencegah penularan Covid-19 susulan peningkatan kes dalam negara.

Perhilitan dalam satu hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, kemudahan yang terlibat adalah Paya Indah Wetlands (Selangor), Taman Negara Kelantan, Kuala Koh (Kelantan), Taman Negara Pulau Pinang dan Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong (Kenyir).

“Bagi negeri Pahang pula membabitkan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh, Taman Negara Pahang, Kuala Tahan dan Tapak RAMSAR Tasek Bera.

“Selain itu, semua Pusat Konservasi Hidupan Liar dan Pusat Menyelamat Hidupan Liar turut terlibat dalam penutupan itu.” menurut kenyataan itu.

Orang awam boleh menghubungi Talian Aduan Hotline Perhilitan di 1-800-88-5151 yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 6 petang setiap hari untuk maklumat lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI