fbpx

SOP masjid, surau dibincang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Majlis Fatwa Kebangsaan dijangka bermesyuarat esok dalam memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) masjid dan surau susulan peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbincangan itu akan membabitkan masjid serta surau seluruh negara dan bukan di kawasan kluster Covid-19 sahaja.

“Kita akan memperhalusi beberapa SOP dan cuba mengemaskini dengan melihat pandangan pelbagai sudut.

“Mesyuarat nanti bukan hanya akan membincangkan SOP di kawasan merah sahaja, tetapi di semua kawasan,” katanya pada sidang akhabr selepas menyempurnakan penutupan dan penyampaian hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran KAFA peringkat kebangsaan 2020M/1442H di sini hari ini.

Seramai 80 peserta berusia 7 hingga 12 tahun dari 10 negeri menyertai pertandingan itu yang julung kali diadakan dalam norma baru.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pergerakan pengikut Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) , Zulkifli memberitahu, pihaknya menyokong penuh tindakan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) yang memgharamkan fahaman berkenaan kerana bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat.

Jelas beliau, setakat ini tiada sebarang perancangan untuk mengadakan perbincangan dengan kumpulan berkenaan yang didakwa menular ke negeri lain.

“Ini bidang kuasa negeri masing-masing dan menyokong tindakan tersebut (MAIJ) kerana mereka lebih tahu (keadaan) di tempat mereka,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI