fbpx

Harimau Selatan singkap persada antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johor Darul Takzim

Oleh KHAIRUL MOHD ALI

Selepas menunjukkan dominasi dalam liga bola sepak tanah air dengan menjulang Piala Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini menyasarkan kejayaan di peringkat lebih tinggi.

Ketua jurulatihnya, Benjamin Mora berkata, matlamat untuk menempa kejayaan di pentas antarabangsa bukan mudah tetapi skuad Harimau Selatan perlu melakukannya.

Katanya, perkembangan pantas ditunjukkan JDT sejak tahun 2013 memperlihatkan kemam­puan Harimau Selatan untuk bersaing dengan mana-mana pasukan antarabangsa.

“Sudah pasti kita menyasarkan kejayaan di peringkat lebih tinggi. Kita perlu terus bekerja sebagai satu pasukan agar dapat bersaing dengan lebih baik dalam perlawanan antarabangsa.

“Banyak kelab berjuang habis-habisan untuk menempa nama di peringkat tertinggi, dan JDT sedang menuju ke arah itu.

“Jangan lupa, revolusi JDT bermula pada 2013 apabila Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih pasukan,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin.

Tambah Mora, Tunku Ismail bukan sahaja telah berjaya membina sebuah empayar kelab bola sepak utama di Malaysia, bahkan lebih penting adalah mentaliti dalam memburu kemenangan.

“Lihat apa yang telah baginda (Tunku Ismail) berjaya lakukan. Selain membina empayar, ba­ginda turut menanam budaya kemenangan dalam setiap pemain,” tambahnya.
Pada perlawanan Liga Super kelmarin, JDT dinobatkan sebagai juara Liga Super selepas menundukkan Sabah dengan ja­ringan 4-1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI