fbpx

Mekanik simpan 82 patung berhala hasil curi diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian patung berhala yang dirampas polis.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 82 patung berhala yang dipercayai hasil curi ditemui di rumah seorang mekanik di Batu 5, Jalan Gombak, Wangsa Maju di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mokhsein Mohamed Zon berkata, tangkapan dibuat susulan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan satu patung berhala bernilai RM3,000 di sebuah tokong di Kampung Baru Salak Selatan pada Khamis lalu.

Katanya, berdasarkan maklumat pihak polis menahan suspek berusia 44 tahun pada pukul 10 malam di Jalan Gombak, Wangsa Maju pada hari sama laporan dibuat.

“Pemeriksaan lanjut di rumah suspek di Batu 5, Jalan Gombak membawa kepada penemuan 82 patung berhala dan peralatan untuk sembahyang.

“Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, motif suspek curi patung berhala itu masih dalam siasatan.

“Kita percaya dengan penahanan suspek itu, beberapa kes berkaitan kecurian patung berhala dapat diselesaikan.

“Suspek direman selama empat sehingga Isnin ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu curi,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI