fbpx

Kongsi video JDT dalam stadium, Eyka Farhana kena kecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EYKA FARHANA

KUALA LUMPUR – Pelakon yang juga kekasih pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid iaitu Eyka Farhana memohon maaf atas keterlanjuran berkongsi video berada dalam stadium ketika perlawanan Liga Super kelab tersebut menentang Sabah malam tadi.

Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi turut menafikan keberadaannya dalam stadium sebagaimana dipersoalkan seorang peminat.

Jelas Eyka, video berkenaan bukan rakaman sendiri sebaliknya merupakan perkongsian daripada ahli keluarga teman lelakinya itu.

EYKA FARHANA meminta netizen tidak salah faham tentang video perlawanan Liga Super JDT lawan Sabah yang dikongsikan malam tadi. Dakwa Eyka, dia sekadar memanjangkan video yang dikongsikan ahli keluarga kekasihnya, Akhyar.

“Video yang dimuat naik itu, Eyka ambil daripada ahli keluarga. Jangan salah faham,” jelas Eyka, 25, menerusi satu perkongsian dalam Insta Story.

Terdahulu, tular apabila seorang pengguna Twitter mempersoalkan tindakan pelakon filem Polis Evo itu kepada akaun Twitter rasmi, Majlis Keselamatan Negara berhubung video yang dimuar naik Eyka.

“Salam @MKNJPM bukan ke penyokong tak dibenarkan masuk ke dalam stadium?,” soal pengguna Twitter tersebut.

Malam tadi, JDT berjaya menumpaskan Sabah 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, sekali gus menjulang kejuaraan berkenaan buat tujuh kali berturut-turut dalam sejarah penganjuran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI