fbpx

Hati yang hancur bukan mudah untuk diubati – Farisha Iris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARISHA IRIS

KUALA LUMPUR – Bekas peserta Big Stage 2020 (BS2020), Farisha Iris mengakui terkilan apabila lima finalis yang akan mara ke akhir program berkenaan bertindak seolah-olah gembira dengan penyingkiran dirinya pada konsert separuh akhir Ahad lalu.

Menurut pemilik nama Farisha Asmadi, 21, itu, dia kecewa apabila jawapan yang diberikan Azzam Sham dan empat finalis lain dalam siaran langsung program MeleTOP, Selasa lalu.

“Saya tidak rasa sedih langsung ketika tersingkir tempoh hari. Tetapi saat melihat program itu, saya kecewa dan sedih atas kenyataan tersebut, seolah-olah gembira atas penyingkiran saya.

“Kenyataan tersebut seolah-olah, ‘nasib baik baik Farisha tersingkir, bukan Qody’,” katanya dalam bebenang ciapan tersebut semalam.

Ujar pelantun lagu Bebel itu, finalis yang ditemu bual sepatutnya sedar dengan semua jawapan kerana MeleTOP disiarkan secara langsung.

“Mereka sepatutnya sedar program tersebut disiarkan secara langsung, jadi mereka perlu tahu etika menjawab soalan dan menjaga sensitiviti orang lain.

“Hati yang hancur bukan mudah untuk diubati. Perlukan masa, saya boleh bergelak-ketawa tetapi saya juga ada hati dan perasaan,” ujarnya.

KECUNDANG pada minggu separuh akhir, namun lebih menyakitkan ialah Farisha mendakwa lima finalis BS2020 seperti lebih gembira dirinya yang tersingkir bukan Qody.

Sementara itu, rata-rata pengguna Twitter memberikan kata-kata semangat, malah ada juga yang menyifatkan Farisha terlalu mengikut perasaan.

“Anda boleh jelaskan apa sahaja sebab kamu tak tahu apa yang saya rasa ketika ini.

“Saya tak benci dia tapi sebab mereka ialah kawan saya. Saya sayang persahabatan ini tetapi saya sangat kecewa, jangan risau saya tidak berdendam, cuma kecewa,” katanya lagi.

Terdahulu, menerusi temu bual dalam MeleTOP, Nabil Ahmad bertanyakan soalan kepada barisan finalis mengenai perasaan mereka bertanding tanpa kehadiran peserta wanita.

Menjawab pertanyaan tersebut, Azzam mengatakan ramai yang mempersoalkan mengapa mereka lebih sedih ketika nama Qody Rany diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

“Ramai orang tanya bila Farisha tersingkir kami semua tak menangis tapi bila Wody (Qody) tersingkir, kami menangis dan mereka pelik,” jawab Azzam yang bakal beraksi pada konsert akhir BS2020, malam esok.

– K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI