fbpx

Tergamak bakar bekas isteri depan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bekas suami simbah petrol dan bakar wanita

BEIJING – Seorang selebriti media sosial Tibet di China me­ninggal dunia selepas bekas suaminya didakwa menyimbah minyak petrol sebelum membakar mangsa semasa dia sedang membuat rakaman penstriman langsung, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Suspek dikenali sebagai Tang dilaporkan memecah masuk kediaman bekas isteri, Lamu ber­umur 30 tahun dengan membawa senjata sebilah pisau dan bekalan minyak petrol sebelum melakukan serangan itu di hadapan ahli keluarga mangsa.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.50 malam (waktu tempatan), 14 September lalu. Mang­sa dibawa ke Hospital Rakyat di wilayah Aba sebelum dipindahkan ke Hospital Sichuan pada 17 September lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Lamu dikenali sebagai seorang penghasil konten atau vlog meng­alami kecederaan melecur hampir 90 peratus pada tubuh­nya dan dirawat lebih dua minggu di hospital.

Bagaimanapun, doktor mengesahkan dia meninggal dunia pada pukul 9 malam, Rabu lalu.

Seorang ahli keluarga Lamu, Zhuoma turut berkongsi kisah serangan itu dan meminta sumbangan orang ramai untuk me­ringankan kos rawatan mangsa.

Orang ramai dilaporkan memberi sumbangan hingga mence­cah 1 juta yuan (RM613,190) untuk membayar rawatan hospital.

Laporan media tempatan mendakwa suspek melakukan serangan balas dendam selepas Lamu memfailkan penceraian kerana isu keganasan rumah tangga. Mereka mempunyai dua anak lelaki yang masih kecil.

Lamu dikenali kerana gemar memuat naik video menunjukkan kehidupan seharian di kawasan pergunungan Aba dan aktiviti meniru aksi nyanyian penyanyi di media sosial.

Mangsa mempunyai lebih 782,000 pengikut di laman perkongsian video China iaitu Douyin, mirip aplikasi TikTok.

Polis sudah menahan Tang atas dakwaan cubaan membunuh dan masih menjalankan siasatan termasuk merungkai motif sebenar serangan tersebut. – Agensi

POPULAR