fbpx

Tiga gelendangan didakwa bunuh rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Manivannan, Sritaran, 35, dan seorang lagi remaja berusia 17 didakwa di Mahkamah Majistret Klang kerana membunuh rakan mereka, minggu lalu. Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Tiga gelendangan berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan mereka, minggu lalu.

Ketiga-tiga tertuduh terdiri R.Manivannan,42, P. Sritaran,35 dan seorang lagi remaja berusia 17 tahun kelihatan tenang dan mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Majistret Muhammad ‘Azzam Zainal Abidin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa telah membunuh seorang lelaki warga India, K. Karthi, 37, di Jalan Stesen 1, di sini pukul 8.15 malam pada 21 September hingga 8.09 pagi, 22 September lalu.

Justeru, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama di bawah Seksyen 34 kanun sama dan boleh dihukum gantung sekiranya disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Abd. Raoff manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 11 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan kesemua tertuduh ditempatkan di Penjara Sungai Buloh sehingga tarikh tersebut.

Difahamkan, ketiga-tiga tertuduh membunuh lelaki terbabit yang juga merupakan gelandangan kerana mendakwa mangsa mengambil wang RM20.

Mangsa telah dipukul sehingga mati menggunakan kayu dan besi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI