fbpx

Kanak-kanak didera guna getah paip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Belakang badan mangsa berbirat dipercayai didera bapa angkatnya menggunakan getah paip dalam kejadian di Masjid Tanah, Alor Gajah di sini petang tadi.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

ALOR GAJAH – Belakang badan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun berbirat dipercayai didera bapa angkatnya menggunakan getah paip di Masjid Tanah di sini petang tadi.

Penderitaan kanak-kanak itu terbongkar selepas penduduk sekitar membuat laporan berkenaan kes penderaan tersebut kira-kira pukul 6 petang tadi di Balai Polis Masjid Tanah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi dan berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut serta menangkap suspek berusia 34 tahun.

“Pihak polis turut merampas getah paip yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memukul mangsa.

“Difahamkan mangsa telah tinggal bersama suspek selama dua tahun selepas bapanya menghilangkan diri manakala ibunya dikatakan tinggal di Cheras,” katanya.

Mengulas lanjut Arshad berkata, suspek sememangnya disifatkan sebagai seorang yang panas baran.

“Mangsa juga tidak bersekolah dan sering mengadu dipukul oleh suspek yang panas baran.

“Kanak-kanak itu telah dirujuk ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Beliau turut memuji sikap perhatin masyarakat yang menyalurkan maklumat seperti ini seterusnya dapat menyelamatkan mangsa.

Katanya, suspek kini ditahan dan permohonan reman akan dibuat esok mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana Mendatangkan Cedera dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI